Raja kayu unik, tiada abu bila dibakar

Raja kayu unik, tiada abu bila dibakar

ROZALI Abd. Rani menunjukkan raja kayu yang dipercayai mempunyai khasiat perubatan tradisional.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Raja kayu iaitu sejenis kayu hutan terus menjadi warisan alam penuh misteri dan dipercayai mempunyai khasiat luar biasa dalam perubatan tradisional serta sebagai pelindung diri daripada unsur jahat.

Pengusaha perubatan tradisional, Rozali Abd. Rani, 52, berkata, raja kayu dihargai kerana kandungan minyak alaminya yang tinggi menjadikannya bukan sahaja ubat semula jadi, malah pelindung spiritual berkesan bagi individu yang berdepan tekanan rohani atau gangguan luar biasa.

Katanya, kayu itu sering dijumpai dalam belantara tanah tinggi dan sangat unik kerana tidak menghasilkan abu apabila dibakar.

“Sebaliknya, ia mengeluarkan bau harum seakan-akan kemenyan, menjadikannya ber­beza daripada kayu biasa dan sering digunakan dalam ri­tual adat atau rawatan alternatif,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Rozali berkata, banyak pe­langgannya yang datang dari pelbagai negeri mendapatkan loket dan air rendaman raja kayu kerana mendakwa se­ring diganggu mimpi pelik atau rasa seram yang tidak dapat dijelaskan secara logik.

“Kayu ini bukan sekadar bahan perubatan tetapi menjadi pelindung diri. Ramai yang rasa ringan tubuh dan kembali ceria selepas menggunakannya. Kalau niat kita baik, ia bertindak sebagai pelindung yang sangat kuat,” katanya.

Dalam tradisi Melayu, raja kayu sering dijadikan azimat untuk menangkis santau, sihir dan gangguan makhluk halus. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN