Qari, qariah Malaysia Johan Tilawah Al-Quran Antarabangsa

Qari, qariah Malaysia Johan Tilawah Al-Quran Antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia berjaya merangkul tempat pertama bagi kategori tilawah lelaki dan wanita pada Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-65 Tahun 2025/1447H yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur malam ini.

Qari negara, Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan, muncul juara kategori tilawah lelaki dengan markah 97.01 peratus, manakala qariah negara, Wan Sofea Aini Wan Mohd Zahidi, menjuarai kategori tilawah wanita dengan markah 95.88 peratus.

Hadiah disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagi kategori tilawah lelaki, tempat kedua dimenangi Ahmad Azroi Hasibuan dari Indonesia (95.13 peratus) dan tempat ketiga milik Muhammed Yahya Yildizhan dari Turkiye (93.88 peratus).

Sementara itu, kategori tilawah wanita menyaksikan tempat kedua disandang Fatima Zahra Assafar dari Maghribi (89.38 peratus) dan tempat ketiga milik Nur Rahmiyatin Adhya dari Indonesia (87.59 peratus).

Dalam pada itu, bagi kategori hafazan lelaki, kemenangan disandang okeh Usamah Barghouth dari Jerman dengan markah 98.25 peratus, diikuti Mohammad Abdullah Masasati dari Syria (98.01 peratus) dan Mohammad Jamil Farhat dari India (97.25 peratus).

Bagi kategori hafazan wanita, johan disandang Tasneem Omar Arian dari Syria dengan 97.5 peratus, diikuti Putri Auni Khadijah Mohd. Hanif dari Malaysia (96.75 peratus) dan Najway Ali Zaydan Alkourbu dari Libya (95.51 peratus).

Majlis yang berlangsung selama lapan hari itu menghimpunkan seramai 71 peserta dari 49 negara, terdiri daripada 39 peserta tilawah dan 32 peserta hafazan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN