Pusat ASEAN Diplomasi Sains perlu ditubuh, tangani isu perubahan iklim

Pusat ASEAN Diplomasi Sains perlu ditubuh, tangani isu perubahan iklim

ZAKRI ABDUL HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Sebuah Pusat ASEAN untuk Diplomasi Sains perlu ditubuhkan bagi memberi tumpuan kepada peranan sains dalam dasar awam dan kerjasama antara negara anggota ASEAN.

Pengarah Pengasas Institut Diplomasi Sains dan Kelestarian (UCSI-IISDS), Universiti UCSI merangkap Pengerusi Bersama (Kerajaan) MIGHT, Tan Sri Dr Zakri Abdul Hamid berkata, cadangan itu dikemukakan Universiti UCSI dan Kumpulan Industri-Kerajaan bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT) dan telah disokong penuh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Beliau berkata, hab itu akan berperanan menggembleng segala tenaga di ASEAN bagi menjuarai isu diplomasi sains dengan Malaysia menjadi perintis bagi penubuhan hab itu.

“Ia adalah hab yang sangat penting dan kritikal bagi menangani isu perubahan iklim, kepupusan biodiversiti, pencemaran dan lain-lain.

“Itu sebab kita perlukan satu pusat yang boleh menguruskan perkara itu bukan sahaja di peringkat nasional, tapi juga di peringkat serantau,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Persidangan Antarabangsa mengenai Diploma Sains Demi Kesejahteraan Serantau ASEAN di sini hari ini.

Katanya, kertas cadangan berkaitan telah disediakan dan perbincangan awal dengan Sekretariat ASEAN telah dimulakan, termasuk beberapa sesi townhall bersama negara anggota ASEAN.

Dr Zakri berkata, hab sama telah diwujudkan di negara barat justeru, Malaysia akan memperjuangkan penubuhan hab ini bagi rantau ASEAN. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN