Proses gali semula kubur Zara Qairina kemungkinan hari ini

Proses gali semula kubur Zara Qairina kemungkinan hari ini

MOHD. Dusuki Mokhtar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Prosedur menggali semula jenazah pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir bagi prosedur bedah siasat (post-mortem) kemungkinan akan dilaksanakan pada hari ini.

Perkara itu disahkan oleh Peguam Negara, Tan Sri Mohd. Dusuki Mokhtar kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

“Tunggu hari ini, Insya-Allah, kita usahakan untuk jenazah arwah digali semula sesegera mungkin,” katanya ringkas.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk M Kumar berkata, aturan bagi gali semula dan bedah siasat dilakukan berpandukan Seksyen 331 dan Seksyen 335 Kanun Keseksaan Tatacara Jenayah.

Katanya, siasatan menyeluruh sedang dijalankan dan kertas siasatan akan dirujuk semula ke Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam tempoh terdekat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN