Polis siasat video palsu berunsur fitnah kaitkan Raja Di Hilir Perak - Utusan Malaysia

Polis siasat video palsu berunsur fitnah kaitkan Raja Di Hilir Perak

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis telah membuka kertas siasatan berhubung penyebaran sebuah video palsu dan berunsur fitnah serta mencemarkan nama baik Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Almarhum Sultan Idris Shah, yang tular dalam media sosial.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, laporan berhubung video palsu itu telah dibuat oleh seorang lelaki berusia 43 tahun pada 24 Julai lalu.

Katanya, siasatan awal mendapati video itu mengandungi dakwaan kononnya terdapat upacara pertabalan pada 7 Ogos ini sedangkan dakwaan itu tidak benar.

“Tiada upacara pertabalan di mana-mana istana di Perak, malah tiada sebarang insentif RM800 kepada rakyat negeri ini seperti mana yang didakwa menerusi video berkenaan.

“Sehubungan itu, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan atas kesalahan fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyalahgunakan kemudahan rangkaian,” katanya di sini hari ini.

Tambah beliau, orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung video tersebut yang dikhuatiri boleh mengganggu siasatan dan menimbulkan kegusaran awam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN