Polis siasat insiden Jalur Gemilang terbalik di Pulau Pinang

Polis siasat insiden Jalur Gemilang terbalik di Pulau Pinang

TANGKAP layar satu rakaman video yang tular menunjukkan dua individu yang dilihat seperti sengaja memasang Jalur Gemilang secara terbalik di sebuah kedai di Kepala Batas, Pulau Pinang.-GAMBAR/FACEBOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS : Polis sedang menjalankan siasatan berhubung insiden pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik di sebuah kedai perkakasan di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abd. Rahman berkata, laporan itu dibuat oleh seorang pengadu yang terlihat akan satu hantaran video di laman sosial Facebook kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi.

“Kita masih dalam proses siasatan awal dengan mengambil rakaman percakapan pengadu dan juga suspek yang terlibat dalam kejadian tersebut.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mensensasikan kes berkaitan sehingga mengganggu ketenteraman pihak yang sedang melaksanakan tugas.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Safwan Hashim di talian 04-576 2222 (sambungan 2275) atau mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan,” ujar beliau.

Terdahulu, rakaman video berdurasi 21 saat yang tular mengenai kejadian tersebut mendapat kecaman daripada pelbagai pihak termasuk netizen dan pemimpin politik setempat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN