SUNGAI PETANI: Polis akan turut membuka kertas siasatan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) terhadap ibu remaja perempuan yang menjadi mangsa rogol bapa tirinya dalam kejadian di Gurun, Khamis lalu. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, siasatan awal mendapati mangsa pernah memberitahu ibunya yang dia telah dirogol beberapa kali sebelum ini oleh bapa tirinya namun wanita itu tidak mempercayainya. “Kami sedang meneliti rakaman percakapan mangsa…