KEPALA BATAS: Pelbagai jenis dadah bernilai hampir RM2 juta dilupuskan oleh Polis Pulau Pinang hari ini dalam operasi khas membabitkan rampasan sepanjang tempoh 14 tahun lalu. Dadah seberat lebih 120 kilogram (kg) itu dimusnahkan di Stor Barang Kes Berpusat, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang yang melibatkan 5,265 kertas siasatan dari tahun 2010 hingga 2024. Pemangku Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Alwi Zainal Abidin berkata, sekiranya kesemua bahan terlarang…










