PETALING JAYA: Beberapa pegawai polis hadir ke kediaman penyanyi rap, Caprice bagi menyerahkan surat panggil saksi di bawah Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah untuk membantu siasatan berhubung laporan dibuat selebriti itu. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan hantaran jelik daripada Caprice pada pukul 5 petang, 31 Julai lalu. Katanya, pengadu berusia 33 tahun itu mendakwa menerima hantaran berunsur serangan dalam komen, mesej kebencian, tuduhan…