JOHOR BAHRU: Polis Johor sedang memburu dua lelaki yang menceroboh sebuah sekolah swasta di Jalan Sultan Ibrahim, Kampung Stulang Laut, di sini awal pagi semalam. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada pukul 3.30 pagi. “Kedua-dua suspek telah memanjat pagar hadapan sekolah berkenaan sebelum memasuki kawasan gelanggang bola keranjang. “Suspek kemudian didapati melemparkan kon-kon yang berada di lokasi sebelum bertindak melarikan diri…









