KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) tidak menolak kemungkinan menjalinkan kerjasama dengan Parti Warisan (Warisan) untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijangka berlangsung pada bila-bila masa. Ketua Whipnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ia berikutan senario politik di Sabah tidak memungkinkan sesebuah parti bertanding secara solo. “Memahami suasana di Sabah, tidak mungkin berlaku sesebuah parti politik bertanding secara solo pada PRN Sabah kerana perkara itu sangat tidak relevan.…










