KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) menggesa ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak supaya tidak mengambil bahagian dalam sesi pengundian Rang Undang-undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) 2025 yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, perkara itu wajar kerana undang-undang berkenaan hanya terpakai di Semenanjung manakala Sabah dan Sarawak tidak terikat dengan pelaksanaan undang-undang tersebut. “Ada rakan-rakan kami dari Sabah dan Sarawak, saya…