Pindaan Akta Dadah boleh kawal PPP buat  kesalahan

Pindaan Akta Dadah boleh kawal PPP buat  kesalahan

Saifuddin Nasution Ismail ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selepas merasmikan Program i-DEEN AADK 2025, di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG : Pindaan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 membolehkan tindakan tegas diambil pusat pemulihan persendirian (PPP) yang dikesan melakukan kesalahan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, apabila  pindaan dibuat dengan sendirinya akta berkenaan membolehkan langkah kawalan dibuat termasuk ke atas PPP. 

“Jika berlaku pelanggaran, sememangnya tindakan boleh diambil,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selepas merasmikan Program i-DEEN AADK 2025, di sini hari ini. 

Beliau berkata demikian selepas mengulas laporan media yang mendedahkan pengalaman bekas penagih dadah yang dianiaya di sebuah pusat pemulihan persendirian (PPP) tidak berdaftar di Selangor.

Dalam pada itu, Saifuddin mengesahkan terdapat sebuah PPP sudah diambil tindakan di Negeri Sembilan kerana membabitkan kematian (klien). 

“Dulu kita tidak boleh ambil tindakan, tetapi selepas pindaan dibuat, ia boleh dilaksanakan. Itu antara kebaikan pindaan terhadap akta itu dibuat,” jelasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN