PUTRAJAYA: Pesta Mega Buku dan Hadiah MPH Bookstores mula membuka tirainya bermula semalam sehingga 1 September depan di Pusat Beli-Belah Alamanda di sini bagi meraikan orang ramai khususnya para peminat buku. Pada acara kali ini, MPH Bookstores, Scholastic Asia, MYTV dan para penerbit tempatan menjalin kerjasama untuk membawakan pelbagai aktiviti menarik dengan menumpukan kepada budaya membaca serta usaha dan kemahiran lain berasaskan pembelajaran. Ketua Pegawai Eksekutif MPH Bookstores, Martin Cross…