MELAKA: Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri di Persiaran Jalan Merdeka, Banda Hilir di sini, hari ini mencatat sejarah tersendiri apabila buat julung kalinya pesawat tempur Sukhoi dan pesawat angkut taktikal C-130H Hercules melakukan lintas hormat udara di ruang angkasa Melaka. Aksi penuh bersejarah itu disambut dengan sorakan gemuruh lebih 70,000 rakyat yang membanjiri kawasan tumpuan pelancong tersebut sejak awal pagi bagi menyaksikan acara penuh gilang-gemilang. Selain itu, persembahan grafik manusia…