Permohonan harta intelek tempatan meningkat

Permohonan harta intelek tempatan meningkat

Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Permohonan pendaftaran harta intelek (IP) di negara mencatatkan peningkatan ketara daripada pemohon tempatan sekali gus menunjukkan perkembangan yang positif dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini.

Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Yusnieza Syarmila Yusoff berkata, keseluruhan permohonan tempatan meningkat kepada sekitar 30 hingga 40 peratus berbanding sebelum ini hanya 10 peratus direkodkan.

“Jika kita lihat perbandingan suku kedua tahun ini dengan tahun lalu, terdapat peningkatan sebanyak 11 peratus bagi jumlah keseluruhan permohonan IP, termasuk kenaikan tiga peratus untuk permohonan tempatan.

“Ini menunjukkan satu kesedaran yang semakin baik dan perkembangan positif dalam landskap harta intelek negara,” katanya dalam satu sidang akhbar selepas merasmikan Dialog Nasional Harta Intelek dan Kecerdasan Buatan (AI) di Petaling Jaya, hari ini.

Katanya, kebanyakan permohonan melibatkan jenama atau tanda dagangan, namun terdapat peningkatan ketara dalam permohonan karya hak cipta sekali gus menandakan tahap kesedaran masyarakat semakin tinggi dalam industri kreatif negara.

“Majoriti permohonan yang diterima adalah dari segi jenama dan berdasarkan semakan kami untuk tempoh pertengahan tahun ini, berlaku lebih 100 peratus peningkatan dalam hak cipta.

“Jadi, ini adalah satu indikator bahawa industri kreatif negara sedang berkembang pesat dan memberi indikasi positif kepada pembangunan harta intelek di Malaysia,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN