PETALING JAYA: Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Nurul Anis Syahirah Mohd Nasri, mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa apabila dinobatkan juara Kategori Rekaan Cincin di Anugerah Rekaan Barang Kemas Penang Signature Gold, Gems And Jewellery (PSG) 2025. Turut membanggakan, sembilan lagi pelajar UiTM berjaya mara ke peringkat akhir dalam pelbagai kategori di pertandingan itu. Menurut UiTM, pertandingan berprestij itu menerima penyertaan daripada peserta seluruh dunia termasuk Institut Kraf Negara dengan…










