Penuntut kolej swasta pandu lima minit secara lawan arus 

Penuntut kolej swasta pandu lima minit secara lawan arus 

TANGKAP layar rakaman video tular memaparkan sebuah kereta berwarna putih dipandu secara melawan arus di Lebuhraya EDL, Johor Bahru semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Akibat tersalah laluan, seorang penuntut sebuah kolej swasta terpaksa memandu melawan arus selama hampir lima minit di Lebuhraya Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur (EDL) arah utara, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku pada pukul 10.30 pagi.

Menurut beliau, penuntut kolej wanita tersebut dipercayai tersalah laluan selepas melalui kawasan bas di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini.

“Pemandu tersebut hanya bertindak berpatah balik selepas kira-kira lima minit memandu secara berlawanan arus. Dia dipercayai berbuat demikian setelah sedar tersalah jalan susulan pengguna jalan raya lain membunyikan hon kepadanya.

“Insiden tersebut tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jalan raya,” kataya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Raub, ujian urin dan ujian alkohol yang dijalankan terhadap pemandu terbabit adalah negatif.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya,” ujarnya.

Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi 26 saat memaparkan sebuah kereta berwarna putih bergerak melawan arus di laluan berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN