Sebagai sebuah sekolah swasta berasrama penuh, Kolej Yayasan Saad (KYS) Melaka telah lama dikenali dengan pendekatan pendidikan holistik yang menekankan pembangunan pelajar secara menyeluruh.
Selain pendidikan formal di dalam bilik darjah, KYS turut menawarkan pelbagai program nilai tambah seperti pengaturcaraan, kecerdasan buatan (AI), pendidikan muzik, seni persembahan, Bahasa Mandarin serta program bimbingan dan pembangunan kepimpinan. Kini KYS mempelawa murid Tahun 6 (2026) yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum untuk memohon kemasukan ke Tingkatan 1 bagi sesi persekolahan tahun 2027.



Berpaksikan enam prinsip kecemerlangan, setiap pelajar KYS dibimbing untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik, penguasaan Bahasa Inggeris, pembangunan sahsiah, sukan, pendidikan muzik dan pendedahan antarabangsa.
Sejak penubuhannya pada tahun 1995, KYS telah melahirkan lebih 2,000 alumni yang berjaya melanjutkan pengajian ke universiti-universiti terkemuka dunia serta mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang profesional.
Kolej Yayasan Saad Melaka (KYSM) merupakan sebuah sekolah menengah swasta terkemuka yang menawarkank kurikulum Kebangsaan Malaysia.

Pendekatan pendidikannya yang holistik merangkumi pembangunan akademik, sahsiah, kepimpinan, sukan dan pendedahan global, disokong oleh pelbagai program nilai tambah seperti pengaturcaraan, kecerdasan buatan (AI), pendidikan muzik, seni persembahan dan Bahasa Mandarin.
Sejak ditubuhkan pada tahun 1995, KYSM terus melahirkan pelajar yang cemerlang di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Pada tahun 2025, KYS muncul sebagai antara sekolah menengah terbaik negara dengan Purata Gred Sekolah (GPS) 1.385 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Seramai 78 calon memperoleh keputusan semua A, manakala 80 calon lagi turut mencatatkan keputusan cemerlang.
Selain kecemerlangan akademik, KYS juga berbangga dengan pencapaian pasukan ragbi sekolah apabila seramai 16 pemain ragbi berjaya memperoleh keputusan semua A dalam peperiksaan SPM.
Sehubungan itu, KYS menyasarkan pengambilan seramai 150 murid Tingkatan 1 bagi sesi 2027 dan mengalu-alukan permohonan daripada murid Tahun 6 di seluruh Malaysia yang beraspirasi untuk mencapai kecemerlangan secara menyeluruh.
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web https://admission.kysm.edu.my/. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Pemasaran dan Komunikasi Kolej Yayasan Saad di talian 019-222 3157 atau 010-801 3157.-UTUSAN










