KUALA PILAH: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kereta dipandu warga emas yang keluar simpang secara tiba-tiba dalam nahas di Jalan Kuala Pilah-Batu Kikir, dekatJuasseh di sini pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superitenden Muhamad Mustafah Hussin berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 8.20 pagi itu, kemalangan membabitkan kereta jenis Proton Persona dipandu wanita warga emas berusia 68 tahun dan mangsa berusia 19 tahun yang menunggang motosikal jenis…










