MELAKA: Seorang penjawat awam dan enam kontraktor direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan selepas mereka disyaki mengemukakan dokumen palsu berkaitan pembekalan perkhidmatan makan dan minum berjumlah RM139,100 tahun lalu. Perintah reman sehingga 18 Ogos ini dikeluarkan Majistret N. Sivashangari terhadap suspek masing-masing empat lelaki dan tiga wanita berusia antara 32 dan 52 tahun itu. Kesemua suspek tiba di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh di sini kira-kira pukul 9.15…










