JOHOR BAHRU: Seorang pengurus sebuah stesen minyak kerugian RM91,167 selepas terpedaya dengan peluang pekerjaan tidak wujud setelah mengenali seorang wanita melalui aplikasi Tinder. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mangsa iaitu seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun membuat laporan polis berhubung kejadian, semalam. Katanya, mangsa mengenali wanita bernama ‘Vinicus’ itu sebelum diajak menyertai satu peluang pekerjaan sambilan yang menawarkan pulangan lumayan. “Kerana terpedaya, mangsa membuat…