Pengait sawit didakwa rompak bekas kekasih

Pengait sawit didakwa rompak bekas kekasih

R. Thanabalan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan merompak bekas teman wanitanya. - UTUSAN/ARIF HAMIZAN MISKON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang pengait kelapa sawit didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merompak bekas teman wanitanya, dua minggu lalu.

Tertuduh, R. Thanabalan, 22, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan rompakan dan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa berusia 27 tahun di Hentian Rehat Pintu Gerbang Ayer Keroh dalam daerah Melaka Tengah kira-kira pukul 10.30 pagi pada 2 Ogos 2025.

Sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman pemenjaraan selama 20 tahun atau denda mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nazrin Ali Rahim mencadangkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah dengan alasan hanya bekerja sebagai pengait sawit dan ibunya bersedia menjadi penjamin.

Mahkamah tidak membenarkan wanita itu menjadi penjamin kerana berstatus orang kurang upaya (OKU) mental.

Rohatul Akmar membenarkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 September ini bagi sebutan semula kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN