PUCHONG: Walaupun empat bulan tragedi letupan paip gas di Putra Heights telah berlalu, hampir sebahagian penduduk Kampung Kuala Sungai Baru yang terjejas masih menjalani rawatan susulan bagi menangani kesan trauma. Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Penduduk Kampung Kuala Sungai Baru, Mohd. Badly Nordin berkata, terdapat mangsa yang masih menerima rawatan lanjutan seperti sesi terapi bersama pakar psikiatri. Katanya, kesan letupan bukan sahaja merosakkan kediaman, malah meninggalkan kesan psikologi yang mendalam. “Rawatan susulan…