Pembinaan jambatan Pos Balar tingkatkan kehadiran murid

Pembinaan jambatan Pos Balar tingkatkan kehadiran murid

PEMBINAAN jambatan Pos Balar, Gua Musang, Kelantan yang runtuh 9 Mac lalu sedang rancak dilakukan- IHSAN CIKGU OFFROAD.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Pembinaan se­mula jambatan Pos Balar ketika ini membuka lembaran baru kepada murid Sekolah Kebangsaan (SK) Balar apabila mereka tidak perlu lagi bergadai nyawa meredah arus deras sungai untuk menuntut ilmu selepas ini.

Guru besar sekolah, Mohd. Fadzeli Ibrahim berkata, ia sekali gus membantu meningkatkan semula peratusan kehadiran murid yang terjejas sejak jambatan itu runtuh.

“Kami pihak sekolah tidak mahu murid-murid ini keciciran dalam menuntut ilmu. Sebelum ini penduduk ada membina jambatan sementara namun ia kerap kali runtuh setiap kali berlakunya kepala air,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut, Mohd. Fadzeli mengakui pendedahan yang dibuat oleh akhbar ini sebelum ini membantu mempercepatkan pembinaan jambatan tersebut.

“Saya berterima kasih kepada semua pihaknya yang membantu bagi memastikan anak-anak di SK Balar tidak ketinggalan dalam pelajaran,” ujarnya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, selepas empat bulan bergadai nyawa meredah arus sungai deras dan melalui jambatan sementara, penduduk Orang Asli di Pos Balar di sini menarik nafas lega apabila pembinaan jambatan kekal masuk ke penempatan itu sudah bermula.

Kejadian kepala air yang kerap berlaku menyebabkan jambatan yang menghubungkan kampung dengan sekolah tersebut kerap rosak.

Jambatan utama menghubungkan kampung tersebut pula runtuh sejak 9 Mac lalu, menjadikan laluan ke sekolah bukan sekadar sukar malah sangat berbahaya.

Susulan itu, Jabatan Kemajuan Orang Asli baru-baru ini menyegerakan pembinaan jam­batan di Pos Balar bernilai RM400,000 bagi menggantikan kemudahan yang runtuh tersebut. dihanyutkan arus deras pada 9 Mac lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN