Pembantu kedai direman disyaki cabul, intai, anak tiri mandi - Utusan Malaysia

Pembantu kedai direman disyaki cabul, intai, anak tiri mandi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang pembantu kedai direman lima hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas disyaki mencabul dan mengintai anak perempuan tirinya yang berusia 15 tahun sejak Mei lalu.

Perintah reman sehingga 18 Ogos ini dikeluarkan Majistret N. Sivashangari terhadap suspek lelaki berusia 41 tahun itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Menurut sumber, kejadian berlaku pada 30 Mei lalu selepas berlaku perselisihan faham antara mangsa (pengadu) dengan ibunya di kediaman mereka di Duyong.

“Suspek kemudian bertindak memeluk erat pengadu dipercayai untuk memujuknya. Pada 10 Jun lalu, suspek menghantar mesej memberitahu ingin memeluk lagi tetapi pengadu menolak dan memberikan alasan berasa tidak selesa.

“Pengadu juga mendakwa bapa tirinya sering mengintip ketika dia sedang mandi dan tidur. Tingkah laku lelaki itu membuatkan pengadu ketakutan dan memaklumkan perkara itu kepada ibunya pada Selasa,” katanya.

Tambahnya, mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kandang pada hari yang sama.

“Susulan itu, sepasukan anggota dari Cawangan D11 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka berjaya menahan suspek petang semalam dan permohonan reman dibuat pagi ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN