Pembangkang kecam serangan terhadap anak Rafizi  - Utusan Malaysia

Pembangkang kecam serangan terhadap anak Rafizi 

HAMZAH ZAINUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) mengecam insiden serangan terhadap anak bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mohd Rafizi Ramli yang disifatkan sebagai perbuatan mengancam keselamatan rakyat.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, insiden itu mencetuskan kebimbangan awam kerana jika keluarga seorang Ahli Parlimen pun tidak terlepas menjadi sasaran, bagaimana pula nasib rakyat biasa.

“Perasaan rakyat hari ini seolah-olah ada ‘shadow government’ dan ada satu lagi ‘deep state’. Itu yang menyebabkan kita bangkitkan isu ini. 

“Pembangkang akan bersama dalam usaha memastikan keselamatan Rafizi dan ahli keluarganya serta semua rakyat negara ini terjamin. 

“Ini adalah soal keadilan. Kerajaan perlu bertegas supaya perkara seperti ini tidak berulang,” katanya pada sidang akhbar di Bangunan Parlimen, hari ini. 

Semalam, anak Rafizi diserang secara fizikal oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya.

Kejadian berlaku sekitar pukul 1.45 petang, ketika anak dan isterinya baru memasuki kereta untuk beredar dari lokasi tersebut. Anaknya kemudian ditarik secara tiba-tiba serta dicucuk dengan jarum suntikan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN