PETALING JAYA: Seorang pemandu van sekolah ditahan selepas menurunkan dan mengambil dua pelajar sekolah dalam keadaan bergerak. Tindakan itu telah dirakam sebelum videonya tular selepas dimuat naik di akaun Facebook kira-kira pukul 5.43 petang semalam. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, hasil semakan awal mendapati rakaman menunjukkan sebuah van yang masih bergerak menurunkan dan mengambil dua pelajar sekolah di daerah Kajang. “Tindakan itu boleh mendatangkan bahaya…