SABAK BERNAM: Kegiatan haram dua pekerja asing mengedar dadah di sebuah pusat hiburan di Sungai Besar di sini, tumpas selepas mereka dicekup dengan rampasan bernilai RM2.7 juta di premis itu, Sabtu lalu. Dua lelaki berusia 30-an yang bekerja di premis berlesen itu lebih setahun lalu dipercayai memproses pil ekstasi dan Eramin 5 mengikut permintaan pelanggan. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, SuperintendEn Md. Yusof Ahmad berkata, perkara itu dikesan menerusi hasil…










