BESUT: Tukang kebun dari Jetih, di sini tidak pernah terlepas memasang Jalur Gemilang di kereta Proton Saga Iswara Aeroback yang dibelinya sejak 20 tahun lalu sebagai cara menghargai kemerdekaan negara. Wan Mustafa Wan Hasan, 60, membelanjakan kira-kira RM300 membeli peralatan dan bendera untuk menghiaskan kenderaan persendirian miliknya selain memperbaharui bendera yang sedia ada. “Tahun ini dia memasang 68 batang bendera di bahagian bumbung dan bonet keretanya itu sempena sambutan kemerdekaan…