'Pas sila datang lihat sendiri apa kami buat'

‘Pas sila datang lihat sendiri apa kami buat’

WAN Rosdy Wan Ismail (dua dari kanan) menyempurnakan perasmian Majlis Penyerahan Kunci Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA) Pahang Sri Damai dan Pelancaran PRIMA Pandan dan Sungai Soi, di Sri Damai, Kuantan, Pahang, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menafikan dakwaan beliau takut dengan program Himpunan Hogoh Jelai anjuran jentera Pas di Jelai dekat sini Oktober ini, sebaliknya mengalu-alukan kehadiran mereka.

Bahkan, beliau menjemput peserta Himpunan 30K Jentera Pas itu untuk meninjau pembangunan yang ada di Jelai termasuk Galeri Menteri Besar (MB) serta kampung halamannya di Kampung Tanjung Gahai.

“Saya mengalu-alukan  mereka datang supaya  boleh melihat sendiri pembangunan di Jelai. Mereka boleh melihat masjid, stesen bas dan  gerai-gerai yang telah dibangunkan. Mereka boleh pergi meninjau projek ekonomi agropolitan Gahai,” katanyaselepas Majlis Penyerahan Kunci Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA) Pahang di Sri Damai, di sini, hari ini.

Wan Rosdy berkata, peserta perhimpunan itu juga boleh datang ke kampungnya di Kampung Tanjung Gahai, yang mana kampung berkenaan pernah dinobatkan sebagai kampung lestari di peringkat negeri dan  pernah mendapat johan di peringkat kebangsaan.

“Banyak lagi yang boleh lihat pembinaan-pembinaan di Jelai dan saya berharap pada hari tersebut, hari yang mereka datang supaya kedai-kedai di Jelai dapat menyediakan makanan yang sedap-sedap untuk menjamu mereka.

“Pada masa yang sama mereka kalau boleh pergi melihat galeri saya, galeri MB yang mana  dalam galeri tersebut mereka akan dapat melihat data-data dimana saya bertanding. Pada 2004 majoriti undi saya berapa, 2008 berapa, dan 2020 berapa. Saya dah bertanding lima penggal jadi mereka dapat melihat dan angka tidak pernah berbohong.

“Mereka dapat melihat majoriti selama lima penggal saya bertanding dan setiap kali PRU, majoriti saya bertambah,” katanya.

Katanya, dia  tidak faham apa tujuan jentara Pas datang ke Jelai tetapi beliau menghargai kedatangan pihak berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN