KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan bercadang membangunkan Pelan Induk Kereta Api Malaysia yang khusus dan komprehensif bagi memperkukuh serta memperkasakan pembangunan industri rel negara. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pelan induk itu akan menjadi panduan utama bukan sahaja kepada semua pemain industri, malah kepada kerajaan dalam memastikan penyediaan peruntukan yang lebih optimum untuk pembangunan rel sedia ada dan juga pada masa hadapan. “Ia adalah kerangka perancangan jangka panjang yang…