KUALA LUMPUR: Sarawak disasarkan menjadi jelapang padi terbesar Malaysia menjelang 2030 selaras usaha kerajaan negeri memperkukuh keterjaminan makanan dan meningkatkan hasil pertanian secara mampan. Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, pihaknya menyokong penuh hasrat Kerajaan Sarawak untuk menjadikan negeri itu sebagai hab keterjaminan makanan selaras dengan pelaksanaan Sarawak PCDS 2030. Katanya, usaha itu tertumpu kepada pelaksanaan sepuluh projek pembangunan dan penaiktarafan infrastruktur pengairan serta saliran…