KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak membenarkan pengeksportan kayu balak, sebaliknya hanya digunakan bagi tujuan pemprosesan serta kegunaan dalam pasaran domestik. Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, ketetapan itu dibuat bagi menstabilkan penawaran bahan mentah berkenaan selain mengurangkan risiko pembasmian hutan. Katanya, kerajaan bagaimanapun membenarkan pengeksportan produk perabot berasaskan kayu termasuk balak. “Dalam industri perkayuan, kita (Malaysia) adalah antara pengeksport perabot berasaskan kayu ke negara luar membabitkan nilai…