`Bernostalgia’, UMNO akan terus dipinggirkan - Johari

`Bernostalgia’, UMNO akan terus dipinggirkan – Johari

JOHARI Abdul Ghani diiringi Mohamed Khaled Nordin bersalaman dengan perwakilan yang hadir sempena Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang di Dewan Muafakat Taman Mawar, Pasir Gudang, hari ini. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kepimpinan dan ahli UMNO perlu menukar gaya pemikiran agar bersesuaian dengan dinamik politik semasa yang mana majoriti pengundi hari ini terdiri dalam kalangan terpelajar.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, kira-kira 40 peratus pengundi di setiap kawasan Parlimen ketika ini adalah individu berpendidikan sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah.

Menurut beliau, gaya pemikiran pengundi di setiap kawasan juga berbeza melibatkan latar belakang berlainan seperti Johor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Kuala Lumpur.

“Golongan pengundi hari ini bukan golongan yang hidup susah dan akan menyokong UMNO hanya kerana nostalgia walaupun parti ini telah memerdeka dan membangunkan negara selama 60 tahun mentadbir.

“Jika kita terus dengan pemikiran, UMNO sudah lakukan segala-galanya untuk negara tetapi mengapa masih ditolak rakyat, apa salah UMNO, kita akan terus dipinggirkan masyarakat termasuk Melayu.

“Daripada 198 Bahagian, pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-11, kita (Barisan Nasional) menang 140 Parlimen kemudian jatuh kepada 133, kemudian 79 dan sekarang hanya tinggal 30 Parlimen,” katanya merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang di Dewan Muafakat Taman Mawar, di sini hari ini.

Turut hadir, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Setiausaha UMNO Johor, Datuk Abdul Halim Suleiman.

Johari yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi sehubungan itu berkata, UMNO tidak lagi boleh menggunakan strategi dan kaedah sama dan berharap keputusan yang berbeza.

“Kita perlu bersikap lebih terbuka khususnya dengan golongan muda dan terpelajar, agar golongan ini mesra dengan UMNO dan memilih menyertai atau menyokong parti politik lain.

“Antara pendekatan kita ambil adalah dengan mengadakan pertemuan dengan mahasiswa dan juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Ini salah satu kaedah kita mendekati golongan tersebut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN