KUALA LUMPUR: Setiap kerosakan jalan khususnya jalan berlubang di bawah seliaan Kementerian Kerja Raya (KKR) mesti ditampal dalam tempoh 24 jam, selaras prosedur operasi standard (SOP) penyelenggaraan jalan Persekutuan. Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, arahan itu turut dipanjangkan kepada kementerian dan agensi lain terlibat bagi memastikan tindakan segera dapat diambil demi keselamatan pengguna jalan raya. “Kita memberi masa 24 jam untuk tampal jalan berlubang di jalan…










