KUALA LUMPUR: Kira-kira 259,654.85 hektar Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Semenanjung Malaysia sudah dibangunkan sebagai ladang hutan sehingga 30 Jun lalu sekali gus membuktikan projek Industri Perladangan Kayu Balak (ITP) tidak melibatkan aktiviti penyahutanan atau penukaran kekal kawasan berhutan. Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 175,331.75 hektar telah dilaksanakan penanaman semula. Katanya, ITP merupakan program penanaman pokok spesies balak pada skala besar…