Sempat bermain layang-layang dengan anak sebelum lemas

Sempat bermain layang-layang dengan anak sebelum lemas

ANGGOTA  PPDA Balai Pengkalan Chepa dan Pengkalan Kubor melakukan kerja-kerja mencari serta menyelamat mangsa yang masih hilang selepas tergelincir ke dalam Sungai Kelantan di Kampung Sat, Machang, Kelantan. - UTUSAN/ROHANA MOHD.NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Kegembiraan seorang bapa bermain layang-layang bersama empat anaknya berakhir tragedi apabila dia lemas ketika cuba menyelamatkan seorang daripada mereka yang tergelincir ke dalam Sungai Kelantan di Kampung Sat, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 petang itu, mangsa, Mohd. Saifuldin Ramli, 46, belum dijumpai selepas hampir 19 jam hilang di dalam sungai tersebut.

Menurut ibu mangsa, Zaharah Ahmad, 75, berkata, Mohd. Saifuldin membawa empat  anaknya yang berusia enam tahun hingga 11 tahun ke sungai berkenaan untuk bermain layang-layang kira-kira pukul 6 petang.

“Atas permintaan anak-anak, dia membawa mereka ke tepi sungai itu untuk bermain layang-layang yang dibeli dari sebuah kedai di kampung kami.

“Dia ada memaklumkan bahawa mahu pergi ke sungai bersama anak-anak. Anak perempuannya yang berusia 11 tahun tergelincir ke dalam sungai semasa bermain layang-layang dan Mohd. Saifuldin sempat menyelamatkan cucu saya, namun dia pula yang lemas,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Zon 2, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Mohd. Rosmaidi Baharuddin berkata, operasi mencari dan menyelamat dijalankan dalam radius 200 meter dari lokasi mangsa dilaporkan lemas. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN