Nampak Jalur Gemilang dipasang cuai, serah tindakan kepada pihak berkuasa

Nampak Jalur Gemilang dipasang cuai, serah tindakan kepada pihak berkuasa

MENGHORMATI Jalur Gemilang merupakan tanggungjawab setiap rakyat Malaysia sebagai tanda cinta, setia dan jati diri terhadap negara tercinta.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil sekali lagi menegaskan bahawa rakyat tidak perlu takut untuk mengibarkan Jalur Gemilang ketika bulan kebangsaan.

Beliau yang juga jurucakap kerajaan Perpaduan berkata, sekiranya orang awam melihat atau menemukan Jalur Gemilang yang dipasang secara cuai, perkara tersebut perlu diserahkan kepada pihak berkuasa untuk sebarang tindakan.

“Biasanya dalam minggu terakhir kita akan menyaksikan peningkatan dari segi aktiviti mengibarkan Jalur Gemilang. Tapi saya tegaskan sekali lagi bahawa kita perlu bangga dan tidak perlu takut untuk mengibarkan Jalur Gemilang.

“Sekiranya kita melihat Jalur Gemilang yang mungkin secara cuai telah disalah naik, serahkan tindakan penguatkuasaan kepada pihak berkuasa, setidak-tidaknya kita sebagai rakyat Malaysia wajar menyampaikan nasihat atau memperbetulkan keadaan itu melalui diri kita sendiri,” katanya menerusi sidang akhbar mingguan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau turut menasihati orang awam supaya tidak mengambil apa-apa tindakan di luar batas undang-undang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN