Nadeera cuba 'copycat' Dayang Nurfaizah? - Utusan Malaysia

Nadeera cuba ‘copycat’ Dayang Nurfaizah?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Entahlah, Cik Bunga cuba juga mencari-cari, di mana bahagian yang dikatakan segelintir pihak mengenai penyanyi genit seorang ini. Macam tiba-tiba sangat muncul isu kononnya Nadeera mencuba meniru Dayang Nurfaizah. Pandai-pandai sahajalah orang yang buat cerita ini pun.

Cik Bunga bukan apa, kita tengok Nadeera ini jenis suka buat hal sendiri, tidak kacau orang pun. Kalau hendak dikaitkan dengan Dayang, Cik Bunga pasti, jawapan yang Nadeera akan berikan tentunya tidak.

Cumanya, satu hal yang Cik Bunga tahu, Nadeera memang meminati dan mengidolakan Dayang dalam industri muzik. Bagi Cik Bunga, itu tidak ada masalah pun sebab, siapa yang tidak suka Dayang bukan?

Dia seorang penyanyi yang memiliki suara emas, beberapa kali merangkul anugerah berprestij dalam bidang seni suara namun tetap kekal membumi, tidak berlagak bak diva. Maka, ciri-ciri itu, seharusnya menjadikan Dayang sangat dihormati dan disayangi ramai, termasuklah Nadeera.

Jadi, bila ada yang kata Nadeera cuba hendak copycat Dayang, Cik Bunga bangkang. Bagi Cik Bunga, Nadeera ada kelebihan tersendiri sementara Dayang sudah tentulah berada di kelas yang tinggi.

Tak akan sama antara mana-mana artis atau penyanyi itu melainkan dia memang tidak ada bakat langsung.

Suara Nadeera juga tersendiri kalau hendak dibandingkan dengan Dayang yang juga memiliki keistimewaan sendiri. Tak akan sama, percayalah. Jadi, sesiapa yang buat tuduhan kononnya Nadeera tiru Dayang, Cik Bunga nasihatkan periksa semulalah mata itu. Takut ada masalah rabun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN