NACC kaji semula pelaksanaan ‘green lane’ atasi kesesakan di KLIA

NACC kaji semula pelaksanaan ‘green lane’ atasi kesesakan di KLIA

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Konsultasi Penerbangan Negara (NACC) akan mengambil tindakan susulan bagi mengkaji semula pelaksanaan green lane untuk menyelesaikan isu kesesakan pemeriksaan Jabatan Kastam di Terminal 1 dan Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menerusi kenyataan, NACC juga memaklumkan akan melakukan penambahbaikan pengurusan slot di lapangan terbang oleh Penyelarasan Slot Kebangsaan Malaysia (NSCM).

Jelasnya, satu pasukan petugas khas akan ditubuhkan bagi Projek Penggantian Sistem Pengendalian Bagasi (BHS) untuk memantau kemajuan pelaksanaan projek dengan pelaporan berkala kepada Kementerian Pengangkutan.

“Pelaporan berkala oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan dilakukan bagi memastikan projek-projek pembangunan lapangan terbang dilaksanakan mengikut jadual ditetapkan.

“Kemudahan aksesibiliti antara Terminal 1 dan 2 bagi penumpang dan bagasi di kawasan udara di antara Terminal 1 dan Terminal 2 KLIA akan dibangunkan MAHB bagi memastikan ketersambungan berterusan penumpang dan bagasi antara kedua-dua terminal,” katanya hari ini.

Semalam, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mempengerusikan mesyuarat NACC yang dihadiri seramai 95 pegawai kepemimpinan tertinggi kementerian, jabatan, pengendali lapangan terbang, syarikat penerbangan dan persatuan pekerja di ibu negara.

Mesyuarat NACC memberi fokus kepada komitmen dan inisiatif kerajaan untuk menjadikan KLIA, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai sebagai hab penerbangan kargo. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN