JOHOR BAHRU: Seorang murid lelaki berusia 10 tahun yang menjadi mangsa buli sehingga mengalami gegaran otak dan menerima rawatan di sebuah hospital swasta di sini dibenarkan pulang hari ini. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin berkata, murid tahun empat di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Universiti 2, Izzul Islam Azuan Isaidi itu kini dilaporkan semakin stabil. Katanya, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menghulurkan…