Matrix Concepts lancar kempen kibar Jalur Gemilang

Matrix Concepts lancar kempen kibar Jalur Gemilang

PIHAK Matrix Concepts menyerahkan Jalur Gemilang kepada pihak Majlis Bandaraya Seremban (MBS) bersempena penganjuran Kempen Kibar Jalur Gemilang oleh syarikat itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Syarikat pemaju perumahan dan hartanah, Matrix Concepts Holdings Bhd. (Matrix Concepts) melancarkan Kempen Kibar Jalur Gemilang bagi menyemarakkan semangat sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

Menerusinya, sebanyak 5,000 Jalur Gemilang telah diagihkan kepada 81 penerima yang terdiri daripada pelbagai institusi dan organisasi termasuk agensi kerajaan, sekolah, institusi keagamaan, dan persatuan penduduk.

Selain itu, sebanyak 1,000 Jalur Gemilang turut dipasang di sekitar Bandar Sri Sendayan di sini.

Pengarah Eksekutif Kumpulan Matrix Concepts, Kelvin Lee, berkata, kempen tersebut turut mencerminkan komitmen syarikat untuk mempromosikan masyarakat yang inklusif dan aman.

“Jalur Gemilang adalah simbol kuat identiti bersama kita. Dengan membawa masyarakat bersama-sama melalui kempen ini, kami berharap dapat menyemai semangat Merdeka serta nilai harmoni dan rasa kebersamaan,” katanya di sini.

Sebagai kesinambungan, katanya, Matrix Concepts juga akan menganjurkan Larian Hari Malaysia Matrix edisi kedua pada 13 September 2025 di d’Tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan.

Acara tahun lalu menarik penyertaan sehingga 5,000 peserta, dan edisi kali ini dijangka menarik lebih ramai penyertaan daripada pelbagai lapisan masyarakat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN