Malaysia akan beli 26 pesawat Boeing bernilai AS$19 bilion

Malaysia akan beli 26 pesawat Boeing bernilai AS$19 bilion

boeing
Tengku Zafrul Abdul Aziz
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia akan membeli sejumlah 26 buah pesawat Boeing dalam dua fasa perjanjian yang dianggarkan bernilai hampir AS$19 bilion, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Pembelian itu adalah sebahagian daripada perjanjian komersil yang berterusan dengan Amerika Syarikat dan diketengahkan semasa rundingan perdagangan Malaysia baru-baru ini.

“Kami membuat beberapa komitmen komersial, yang telah diumumkan, tetapi kami memperkukuhnya. Salah satunya ialah pembelian pesawat Boeing,” kata Tengku Zafrul pada sidang mediahari ini.

Jelasnya, fasa pertama membabitkan 13 pesawat bernilai AS$9.5 bilion dengan fasa kedua melibatkan tambahan 13 pesawat bernilai sama.

“Kami juga komited untuk menambah 13 pesawat Boeing untuk fasa kedua. Jadi itu adalah beberapa contoh komitmen komersial kami,” tambahnya.

Pembelian itu menandakan sokongan berterusan Malaysia terhadap hubungan perdagangan dua hala dan kerjasama aeroangkasa dengan Amerika Syarikat, di tengah-tengah rundingan yang lebih luas mengenai tarif dan akses pasaran.

Tengku Zafrul tidak menyatakan syarikat penerbangan atau agensi mana yang terlibat dalam urus niaga Boeing itu, tetapi mengulangi bahawa usaha komersial sedemikian bertujuan untuk faedah bersama, mewujudkan peluang hiliran untuk sektor penerbangan dan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN