KLANG: Lima lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan menyeludup 19 migran warga Myanmar, tiga minggu lalu. Kesemua tertuduh iaitu Muhammad Azalmie Ahmad Razali, 25; Muhammad Irwan Syapawi Che Hamid, 34; Mazlan Derahman, 39; Hazif Yusof, 46, dan Mohamad Yusof Zulkipli, 29. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan bersama dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail. Mengikut pertuduhan, mereka bersama seorang lagi yang masih…