Letupan Tak Bai: Dua suspek dikhuatiri lolos ke Malaysia

Letupan Tak Bai: Dua suspek dikhuatiri lolos ke Malaysia

PAISAN Nusang (kanan) meninjau lokasi kejadian bom kereta di Mukim Salamai, Tak Bai, Narathiwat, Thailand. – IHSAN ISOC 4
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT, THAILAND: Pihak berkuasa Thailand memperketat kawalan sepanjang Sungai Golok bagi mengelak dua suspek disyaki melakukan serangan dengan kereta dipasang bom di Tak Bai dekat,  kelmarin lari  ke Malaysia.

Jurucakap Markas Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4 (ISOC 4), Kolonel Kiattisak Neewong berkata, gerakan memburu kedua-dua suspek dipergiat selepas pihaknya menerima arahan daripada Komander Tentera Bahagian Keempat Thailand, Leftenan Jeneral Paisan Nusang 

Katanya, Paisan meninjau tempat kejadian di Pangkalan Operasi Sukarelawan Keselamatan Salamai di Kampung Khok Mafueang, Mukim Salamai, Tak Bai, di sini, semalam.

“Beliau mengarahkan semua unit keselamatan bekerjasama dalam memantau laluan tertentu khususnya di sepanjang Sungai Golok di sempadan Thailand-Malaysia bagi mengelak suspek melarikan diri.

“Paisan turut mengarahkan operasi keselamatan semua pangkalan dipertingkat terutama di kawasan berisiko menjadi sasaran kumpulan bersenjata,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kiattisak berkata, empat anggota sukarelawan pertahanan cedera akibat kekuatan letupan bom dipasang pada kereta .

Katanya, siasatan awal mendapati, kereta digunakan dalam serangan itu ditukar warna dan dipasang dengan nombor pendaftaran palsu.

“Salah seorang suspek memandu kereta tersebut sebelum keluar apabila tiba di pangkalan operasi. Kereta tersebut dibiarkan bergerak menghampiri kawasan sasaran.

“Seorang lagi suspek menunggang motosikal datang mengambil pemandu kereta sebelum melarikan diri melalui lorong berhampiran Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Perikanan Laut Narathiwat,” katanya.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, tiga anggota Pa­sukan Pertahanan Sukarelawan (OSor) cedera dalam sera­ngan terbaharu bom kereta menyasarkan pusat pemeriksaan di Kampung Khok Mafueang, Mukim Salamai, Tak Bai.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN