Lelaki OKU maut motosikal terbabas dalam longkang - Utusan Malaysia

Lelaki OKU maut motosikal terbabas dalam longkang

ANGGOTA bomba membawa keluar mayat lelaki OKU dari dalam longkang selepas motosikal ditunggang terbabas di Pekan Lambor Kanan, Seri Iskandar. - UTUSAN/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas ke dalam longkang di Pekan Lambor Kanan, Seri Iskandar di sini hari ini.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Azli Idris berusia 63 tahun.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Iskandar, Muhammad Asyraf Mat Isa berkata, sepasukan enam anggota digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat nahas itu pada pukul 8.52 malam.

Katanya, kemalangan melibatkan motosikal roda tiga jenis Honda EX-5 yang terbabas masuk dalam longkang dengan mangsa telah ditimpa kenderaan berkenaan.

“Pemeriksaan oleh pegawai perubatan mendapati mangsa telah meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa dibawa keluar dari longkang dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada pukul 9.50 malam,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN