Lelaki didakwa bunuh bapa guna kerusi kayu

Lelaki didakwa bunuh bapa guna kerusi kayu

TERTUDUH diiringi anggota polis semasa menghadiri prosiding perbicaraan di Mahkmah Majistret Kuala Krai, Kelantan. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh bapanya menggunakan kerusi kayu di Kampung Kuala Gris, 6 Ogos lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh Narosman Othman, 39, selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Amal Razim Alias.

Pengakuan tidak direkodkan berikutan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun, tertuduh mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan.

Mengikut pertuduhan, Narosman  didakwa membunuh bapanya Othman Jusoh, 74, di sebuah rumah di Kampung Kuala Geris. Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 6 hingga 6.30 pagi.

Berikutan itu, pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun dan tidak kurang 12 sebatan jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd. Hafiz Iman Asri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 10 September ini untuk laporan ujian pemeriksaan mental dan tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Perak.

Semasa prosiding perbicaraan, ibu kepada tertuduh tidak dapat menahan sebab dan hampir pengsan mendengar proses berkenaan.

Tertuduh yang memakai baju lokap berwarna ungu tiba di mahkamah pada pukul 9 pagi dengan menaiki kereta polis.

Sebelum ini, seorang warga emas dilaporkan maut dipukul anak lelakinya yang dipercayai ‘mental’ akibat dadah menggunakan kerusi kayu semasa sedang menunaikan solat subuh di Kampung Kuala Gris.

Dalam kejadian pukul 6.30 pagi itu, mangsa berusia maut di lokasi akibat kecederaan parah. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×