PORT DICKSON: Keputusan sama ada kawasan ternakan kupang dan kerang di perairan Pasir Panjang di sini ditutup berikutan fenomena ledakan alga hanya akan diputuskan pada lusa. Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sembilan, Kasim Tawe berkata, keputusan mengenainya akan dibuat selepas keputusan prosedur persampelan kedua yang dilaksanakan hari ini diperoleh. Katanya, tindakan itu adalah prosedur wajib sebelum sebarang penutupan dilaksanakan berikutan potensi ledakan alga di kawasan tersebut “Mengikut prosedur, kami perlu melakukan…










