KUALA LUMPUR: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menyasarkan ketibaan 3.5 juta pelancong ke Langkawi pada tahun ini yang akan menjana pendapatan sebanyak RM8 bilion. Pengurus Bahagian Pelancongan LADA, Dr. Azmil Munif Mohd. Bukhari berkata, pada tahun lalu pulau pelancongan itu merekodkan ketibaan 3.2 juta pelancong dengan pendapatan sebanyak RM7.7 bilion. Beliau berkata, sebanyak 60 peratus pelawat ke Langkawi tahun lalu merupakan pelancong asing dan bakinya warga tempatan. “Setakat Julai tahun ini…